Malaysia Dateline

Parlimen: Diskaun khas tiket kapal terbang kepada pelajar dikaji

Cadangan untuk memperkenalkan diskaun khas tiket penerbangan dari Semenanjung ke Borneo kepada pelajar pada musim cuti dan perayaan perlu dipertimbangkan dan dikaji sebelum boleh dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MavCom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) terbuka untuk meluluskan permohonan dari syarikat penerbangan komersil bagi tujuan memberi kemudahan kepada semua golongan mendapatkan tambang penerbangan yang murah.

— BERNAMA