Malaysia Dateline

Parlimen hari ini

Pagi ini terus masuk ke Parlimen di sebelah pagi setelah sampai dari Melaka. Selepas membuat pemeriksaan mingguan Covid-19 di Parlimen (Isnin dan Rabu) sempat sembang ringan dengan kawan lama YB Dungun (parti ehem).

Beliau orang baik dan saya selalu bergurau dengan beliau sebab dia hampir setiap hari semasa sidang Parlimen berpakaian baju Melayu lengkap bersamping.

Ada juga pi tanya sikit-sikit pasai muktamar parti ehem. Agak menarik Muktamar parti ehem kali ini dibuat di Kuala Nerus tapi tidak berjaya membantu mengekalkan YB di situ dalam AJK Pusat parti ehem walaupun dia Ahli Majlis Syura @ ulamak parti itu.

Dengo dengo ulamak kabeer dari Pahang pun tidak menang. Ni musim depa tolak para ulamak depa ke?

Saya sempat dengar perbahasan belanjawan YB Pokok Sena yang dia habaq “bajet sembelit”.

Dia ada habaq isu pembaziran antaranya isu Gomen Tebuk Atap pi belanja RM345,000 kerana meletakkan 12 pegawai dari YADIM di Pejabat mantan YB Menteri Agama (10 orang) dan Pejabat YB Timbalan Menteri Agama (2 orang).

Dengaq kabo YB Timbalan Menteri Agama positif Covid-19 dan sedang dikuarantin di sebuah hospital (jika betui, moga segera sembuh, insya-Allah).

Masa YB Pokok Sena pi bangkit isu itu, tak nampak ada YB parti ehem yang bangun menyanggah atau mempertikaikan atau membela mantan Menteri Agama dan Timbalan dia dan juga pihak YADIM.

Apa pun kita tunggu jawapan dari Menteri nanti. Harap menteri tidak ajak YB Pokok Sena bertengkaq.

Saya asalnya ada cadangan juga nak mencelah bila giliran YB Pokok Sena berbahas tapi kerana beliau hanya diberi masa 13 minit sahaja, saya tidak sampai hati nak mencelah. Bagi dia peluang pulun hentam gomen tebuk atap tu puas-puas.

Sebelum dia berucap saya sempat sembang-sembang santai dengan YB Pulai, Shah Alam dan Kuala Selangor di kafe. Selepas YB Pokok Sena habis berucap, saya sembang sebentar dengan beliau. Semua kami nampak letih sebab semua berada di Melaka kelmarin/semalam.

Saya rasa insya-Allah peluang saya untuk berbahas mungkin lusa. Saya telah bagi giliran saya pada sahabat saya YB Parit Buntar. Beliau berbahas hari ini. Last two weeks i debated almost all the Bills.