Malaysia Dateline

Parlimen hibrid belacan?

Apabila mana-mana pihak sekalipun sejak dari awal memang tidak berhasrat melakukan sesuatu perkara, lazimnya mereka akan mencari 1001 alasan untuk tidak mahu lakukan perkara tersebut.

Alhamdulillah, bagi orang Islam, kita boleh lihat contoh kisah dalam Al-Quran dialog antara Nabi Musa a.s. dan kaumnya iaitu Bani Israel berkenaan isu perintah Allah kepada mereka- melalui Nabi Musa a.s. -berkenaan isu perintah penyembelihan sapi betina, sebagai ‘ibroh .عبرة-pengajaran

Lihatlah! Betapa suatu perintah yang asalnya amat mudah iaitu hanya diarah menyembelih seekor sapi betina (any sapi betina seperti kata setengah para mufassirin dalam tafsir mereka), tapi golongan yang degil dan keras kepala ini dok sibuk tanya macam macam soalan kepada Nabi Musa a.s tentang ciri- ciri sapi betina tersebut.

Akhirnya mereka sendiri terperangkap dengan kedegilan mereka sendiri apabila Allah SWT makin susahkan mereka lagi. Kita boleh baca kisah tersebut dalam ayat 67-71 surah Al-Baqarah.

Gomen Tebuk Atap sudah tentu bukan seperti Bani Israel kan? Bukankah PM Gomen Tebuk Atap berbangga dapat cakap melalui telefon dengan pemimpin Hamas yang dok lawan Israel?

Cuma, kita musykil sikitlah. Awat susah sangatlah nak adakan sidang Parlimen ni? 1001 alasan. Negara lain relax je buat sidang Parlimen.

Tak fasal-fasal la ni sibuk nak buat jawatankuasa pula untuk bincang Parlimen hibrid lah…

Teringat juga kita pada dialog lejen arwah Pak Sudin dalam filem “Seniman Bujang Lapok”

“Kenapalah fasal BELACAN pun dia orang sibuk nak mancung-memancung ni, Ramli?”

والله اعلم.