Malaysia Dateline

Parlimen: Hukuman mati mandatori diganti hukuman mati atas budi bicara mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin

Hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman mati atas budi bicara mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori yang akan membabitkan sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Keputusan dibuat selepas kajian terperinci diadakan dan kerajaan akan membuat pindaan terhadap akta-akta yang terlibat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.— BERNAMA