Malaysia Dateline

Parlimen: Kem. Pembangunan Usahawan akan lancar Pelan Tindakan Usahawan Nasional

Kementerian Pembangunan Usahawan akan melancarkan Pelan Tindakan Usahawan Nasional untuk meningkatkan infrastruktur dalam mengharungi era ekonomi digital Industri Revolusi (IR) 4.0, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya Redzuan Yusof berkata kementeriannya juga akan bekerjsama dengan kementerian lain antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk meningkatkan kelajuan internet agar infrastruktur dalam IR4.0 dapat diguna pakai sepenuhnya.

— BERNAMA