Malaysia Dateline

Parlimen: Pengecualian pembayaran PTPTN untuk M40

Pelajar daripada golongan pertengahan (M40) yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian bayaran PTPTN, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata keputusan untuk memperluaskan pengecualian pembayaran PTPTN itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November lalu.

–BERNAMA