Malaysia Dateline

Datuk A Kadir Jasin

Parlimen perlu siasat bagaimana darurat boleh diisytiharkan dan tugasnya digantung

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin mencadangkan agarĀ  antara perkara awal yang perlu dilakukan oleh Parlimen adalah menyiasat bagaimana darurat boleh diisytiharkan dan bagaimana badan pembuat undang-undang itu boleh digantung tugasnya.

Beliau bimbang, ada konspirasi politik di sebalik pengisytiharan itu dengan memesongkan fakta mengenainya.

“Bila bersidang semula, Parlimen kena siasat macam mana darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung.

“Takut ada konspirasi untuk memesongkan (conspiracy to mislead),” tulis bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu menerusi facebooknya.

Atas nasihat Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri menteri, Yang Dipertuan Agong telah mengisytiharkan darurat pada 12 Januari 2021 sehingga 1 Ogos atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Pelbagai pihak mendakwa, nasihat Perdana Menteri itu tidak sah kerana ketika itu Muhyiddin sudah tidak sah sebagai perdana menteri kerana beliau tidak mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.