Malaysia Dateline

Parlimen: Sebanyak 661 buah kampung Orang Asli dalam proses pewartaan

Sebanyak 661 buah kampung Orang Asli dengan anggaran keluasan 99,854.67 hektar masih dalam peringkat permohonan dan kelulusan pewartaan, setakat Disember 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Senator P. Waytha Moorthy memberitahu Dewan Rakyat hari ini, dalam membentuk kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menyediakan pelan mengikut keluasan yang dituntut oleh masyarakat tersebut.

— BERNAMA