Malaysia Dateline

Parlimen semalam, sambung cerita…

Semalam, selepas YB Semporna berbahas, tuan Speaker panggil pula YB Pekan untuk giliran berbahas.

Dah tentulah saya tak mahu dan tak selera nak dengaq. Maka saya pun angkat kaki lah, keluaq kewan untuk ke kafe. No way (tidak akan) saya nak buang masa dengaq dia berbahas. Sori mori (maaf) lah ya.

(Hari tu terserempak dengan kereta rasmi yang bawa YB Pekan di Parlimen. Tu dia ada kereta pengiring dan dua buah motosikal pengiring lagi –  rasa UTK. Saya asalnya tak tahu tu kereta rasmi dia, staf saya yang habaq. Hebatlah).

Lepas tu saya lihat beberapa YB lain juga keluaq sama. Antaranya, saya nampak YB Langkawi, YB PJU, YB Presiden AMANAH dan beberapa orang lain.

Dalam perjalanan keluaq tu sempat berbual sedikit dengan YB Langkawi. Tak boleh habaq lah apa kami sembang. Hangpa ni pun semua nak tahu.

Petang semalam masa nak balik, “bumped into” (terserempak) YB Gua Musang pula. Sempatlah sembang-sembang dan dia habaq kat saya insyaAllah dia cadang nak bahas minggu depan.

Alhamdulillah esok cuti dan sidang sambung insyaAllah Isnin depan.