Malaysia Dateline

Parlimen: Sistem perolehan nombor pendaftaran kenderaan atas talian beroperasi awal 2019

Kementerian Pengangkutan menjadualkan sistem perolehan nombor pendaftaran kenderaan atas talian akan dapat mula digunakan pada awal tahun depan, kata menterinya Anthony Loke.

Beliau berkata kajian terperinci sedang dijalankan untuk membangunkan spesifikasi dan proses aliran kerja sistem atas talian ini supaya ia selamat serta berkesan dengan bantuan dari pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU).

— BERNAMA