Parlimen Switzerland bahas usul berkait 1MDB Selasa ini

Parlimen Switzerland bahas usul berkait 1MDB Selasa ini

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Selasa ini Parlimen Switzerland akan membahaskan usul yang menggesa supaya dana rasuah yang dirampas, termasuk dana berjumlah CHF104 juta (RM430 juta) yang didakwa dicuri dan diubah secara haram daripada 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Pembuat undang-undang di peringat majlis kebangsaan, dewan yang lebih rendah dalam parlimen berkenaan, dijangka akan membuat undian berhubung perkara tersebut pada hari Khamis, kata beliau.

Sehubungan itu kata Lim Kit Siang, beliau telah menghantar emel kepada Ahli Parlimen Switzerland meminta mereka supaya menyokong usul berkenaan dan mengembalikan wang yang dirampas daripada bank-bank Switzerland berkaitan 1MDB kepada rakyat Malaysia.

Lim Kit Siang

Kata beliau lagi, pengembalian wang rasuah yang disembunyikan atau ditempatkan di luar negara, di luar negara asal, dan penggunaanya bagi manfaat rakyat telah dirosakkan akibat amalan rasuah, merupakan prinsip yang telah diterima pada peringkat antarabangsa.

Ia kata beliau lagi, merupakan keputusan daripada Persidangan Memerangi Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2003 yang turut ditandatangani Malaysia di Mexico pada 9 Disember 2003, dan secara rasmi dimeterai pada 24 September 2008.

“Perkara yang diketengahkan dalam persidangan tersebut termasuk bab mengenai pemulihan eset, yang bertujuan memulangkan eset kepada pemilik yang berhak, termasuk negara-negara dari mana ia diperolehi secara haram,” tulis Lim Kit Siang dalam blognya hari ini.

Tambahnya, Artikel 35 Persidangan Memerangi Rasuah PBB itu menjunjung prinsip “entiti atau orang yang menderita rosak akibat sesatu amalan rasuah mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan kerosakan tersebut bagi mendapatkan pampasan.

8.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 6.0
CATEGORIES
TAGS