Parlimen Switzerland tolak seruan pulangkan wang 1MDB kepada Malaysia

Parlimen Switzerland tolak seruan pulangkan wang 1MDB kepada Malaysia

Parlimen Switzerland Khamis lalu menolak usaha meminda undang-undang menangani wang keuntungan yang diperolehi secara haram di bank-bank negara itu.

Seruan itu antara lain bertujuan memulangkan lebih AS100 juta dolar yang punya kaitan dengan skandal dana asing 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) kepada rakyat Malaysia, menurut laporan Reuters.

Kumpulan yang menjuarai kempen berkenaan mengakui bahawa mereka berhadapan dengan kesukaran untuk membuatkan parlimen bersetuju dengan idea tersebut.

Menteri Luar Switzerland, Ignazio Cassis menurut laporan itu, memberitahu pembuat undang-undang bahawa saranan tersebut terlalu luas dan melanggar prinsip pemisahan kuasa antara kerajaan dengan mahkamah.

Kata beliau undang-undang sedia ada hanya membenarkan eset yang dirampas daripada rejim yang digulingkan dipulangkan.

Beliau turut menyebut mengenai persetujuan yang ditandatangani dengan Bank Dunia pada Disember lalu di mana Switzerland akan memulangkan sejumlah AS321 juta dolar kepada Nigeria wang dirampas daripada keluarga bekas pemimpin tentera Sani Abacha.

Kempen memulangkan wang 1MDB itu diketuai tokoh politik tengah-kiri Carlo Sommaruga dan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO).

Aktivis berkata, Switzerland perlu mewujudkan duluan antarabangsa tentang bagaimana menangani eset yang dirampas daripada skandal 1MDB, seperti kapal mewah yang disita di Bali bulan lepas dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), kata laporan itu.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote