Malaysia Dateline

Parlimen Titiwangsa jadi mangsa sabotaj bendera

Usaha untuk mensabotaj calon Pakatan Harapan kini semakin rancak dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan pengundi.

Dalam makluman awal oleh calon Titiwangsa Rina Mohd Harun kepada media memberitahu ada pihak yang sedang giat mennaikkan
bendera DAP di sekitar kawasan Parlimen Titiwangsa.

Perkara itu disedari oleh jentera parti Pakatan Harapan yang turut mengedarkan sekeping gambar yang mana bendera PKR diselang selikan dengan bendera DAP dengan niat mengelirukan pengundi dan menyalani peraturan SPR untuk memberi imej buruk kepada Pakatan Harapan.

“Kami dimaklumkan oleh jentera parti dan dikalangan pengundi ada pihak yang sedang giat menaikkan bendera DAP sekitar kawasan parlimen Titiwangsa.

“Kami fikir perbuatan ini berniat untuk mensabotaj kempen yang dilakukan Pakatan Harapan di Titiwangsa,” ujar kenyataan itu.

Kejadian berlaku di hadapan Masjid Ar Rahimah Desa Pandan yang mana bendera BN yang dipasang di situ telah diturunkan kemudian diganti dengan bendera DAP dan PKR.

Satu sidang media rasmi akan dibuat oleh Ketua Wanita Bersatu yang juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan di Pejabat AMANAH Kawasan Titiwangsa di Pandan malam ini.