Malaysia Dateline

Parti AMANAH relevan di Sarawak, kata Abang Halil

Parti AMANAH Negara amat relevan di Sarawak memandangkan negeri ini memiliki masyarakat yang pelbagai budaya, etnik dan agama.

Pengerusi AMANAH Sarawak, Abang Halil Abang Naili berkata, pihaknya sentiasa terbuka kepada mana-mana masyarakat di negeri ini bagi menyertai parti dan bersama-sama berjuang demi generasi akan datang.

Sidang Video perasmian oleh Datuk Wira Dr Mohamad Hatta Ramli.

Jelas beliau, dengan bersandarkan prinsip progresif dan peduli, parti AMANAH sedaya upaya memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum, budaya dan agama di negeri ini.

“Saya amat yakin bahawa parti AMANAH sangat relevan di Sarawak lebih-lebih lagi negeri ini memiliki pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Ini kerana, parti AMANAH adalah terbuka untuk sesiapa dan tidak hanya dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja,” katanya ketika berucap pada Kovensyen AMANAH Sarawak Ke-5 di Kuching hari ini.

Justeru, beliau menyeru supaya ah-ahli AMANAH sedia ada di negeri ini dapat merapatkan barisan yang kukuh khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)Ke-12 Sarawak dalam masa terdekat ini.

.Para perwakilan yang hadir pada Konvensyen AMANAH Sarawak Ke-5 di Kuching hari ini.

Tegas Abang Halil, kepinanan negeri yang diketuai beliau sentiasa terbuka menerima idea dan cadangan serta nasihat daripada setiap ahli dalam merencanakan gerak kerja di lapangan.

“In shaa Allah…dalam masa terdekat ini, kita akan berhadapan dengan PRN Ke-12. Maka, saya berharap agar pemimpin-pemimoin di peringkat cawangan dan kawasan dapat menggerakkan jentera sebaik mungkin.

“Malah, saya juga berharap supaya ahli-ahli di setiap cawangan dan kawasan dapat bersama-sama menggerakkan jentera di kawasan masing-masing.

Merasmikan Konvesyen AMANAH Sarawak hari ini ialah Setiausaha Agung AMANAH Nasional, Datuk Wira Dr Mohamad Hatta Ramli menerusi sidang video.

Turut hadir Timbalan Pengerusi dan Setiausaha, Hud Andri Zulkarnaen dan Fadillah Sabali, Jawatankuasa Tertinggi AMANAH Sarawak serta seramai 50 perwakilan dari Tanjung Manis, Kota Samarahan dan Petra Jaya.