Parti Bangsa Malaysia hasrat tawan Pulau Pinang

Oleh NASUHA RAHMAN

Pimpinan negeri Pulau Pinang sedia ada kini tidak harus berasa selesa dengan kedudukan yang ada kerana ia mampu digugat oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang juga merupakan sebuah parti baru di tubuhkan.

Menurut Pengerusi PBM Pulau Pinang, Alan Oh, setakat ini mereka telah mempunyai seramai 8000 ahli seluruh Pulau Pinang dengan menyasarkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-15 yang akan datang.

“Walaupun PBM adalah sebuah parti baru, kita optimis Pulau Pinang mampu diberi nafas baru serta telah mempunyai ahli di kesemua bahagian seluruh negeri ini.

” PBM yakin mampu menjadi pesaing kepada kepimpinan sedia ada dengan menampilkan pimpinan muda dan juga wanita bagi memberi khidmat kepada rakyat negeri ini melalui kawasan Dun maupun Parlimen.

” Kebanyakan mereka yang menganggotai PBM Pulau Pinang adalah bekas ahli Pakatan Harapan khususnya dari PKR serta juga komponen yang lain,” ujar beliau yang juga merupakan bekas Ketua Cabang PKR kawasan Bagan.

Sehubungan itu katanya, gerak kerja bagi merealisasikan impian untuk memenangi banyak kerusi Dun dan Parlimen di Pulau Pinang telah siap siaga dilaksanakan.