Parti Bersatu: Tiada yang baharu, sukar tarik sokongan, dakwa Umno

Parti Bersatu: Tiada yang baharu, sukar tarik sokongan, dakwa Umno

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini tidak dapat menarik golongan atas pagar atau belia di negara ini untuk menyokong parti baharu itu, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Datuk Mat Nadzari Ahmad DahlanParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diyakini tidak dapat menarik golongan atas pagar dan belia di negara ini untuk menyokong parti baharu itu, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Beliau berkata, parti baharu yang ingin ditubuhkan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu tidak membawa sesuatu matlamat  dan hala tuju yang baharu untuk ditonjolkan dan menarik minat rakyat negara ini menyokong Bersatu.

“Saya tidak yakin Bersatu akan dapat menarik golongan atas pagar dan belia kita. Kita juga dulu pernah menjadi belia dan keluaran belia. Kita (belia) selalu melihat, mencetus dan terlibat kepada sesuatu yang baharu.

“Bagi Bersatu tiada yang baharu dari segi apa yang mereka ingin perjuangkan dan tiada keunikan parti itu untuk menarik golongan atas pagar, belia mahupun rakyat negara ini terhadap parti mereka kerana matlamat dan hala tuju yang ingin mereka bawa, telah pun di pelopori oleh parti-parti lain yang ada sebelum ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika ditemui dalam majlis santai bersama media Selangor di Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun Adun Batang Kali ini berkata, ahli Umno tidak boleh memandang enteng dengan penubuhan parti baharu ini.

Beliau menegaskan ahli Umno perlu mengenepikan untuk menyokong parti baharu cebisan ahli Umno ini.

“Ahli Umno tidak boleh pandang enteng terhadap penubuhan parti baharu dan mesti cuba sebolehnya ketepikan mereka ini untuk membolehkan dan meyakinkan masyarakat, parti baharu ini tidak ke mana untuk membina masa depan negara.

“Tidak bawa benda yang baharu, orang lama, perjuangan mereka sama tidak ada ideologi dan perjuangan baharu yang boleh menarik masyarakat atau rakyat menyokong mereka,” ujarnya.

Semalam, Muhyiddin telah memohon untuk pendaftaran parti baharu Bersatu ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) dipetik berkata, parti Bersatu ini terbuka kepada orang Melayu, Bumiputera, orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Sambung Mat Nadzari lagi,” Di Semenanjung saya yakin mereka tidak bertahan lama. Manakala jika nak lebarkan sayap di Sabah dan Sarawak kita tengok dululah…sejauh mana berjaya mereka itu di Semenanjung,” ujarnya.

TAGS