Malaysia Dateline

Parti ‘ehem’ dan Seksyen 112 CPC

Alhamdulillah, baru selesai diambil keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) di IPD Dang Wangi.

Dulu-dulu tidak tahu berapa ratus kali saya menamani clients khususnya ahli politik yang diambil keterangan di bawah seksyen 112 ini.

Regular client siapa lagi jika bukan Presiden AMANAH. Itu kerja rutin. Masa itu kami masih dalam parti ehem yang susah dan melarat.

Saya masih ingat bekas presiden parti ehem, arwah Ustad Fadzil Noor pun called saya apabila arwah dipanggil polis untuk diambil keterangan di bawah 112 ini.

La ni parti depa tu dah mewah dan kaya-raya. Tak mainlah 112 ini.

Pernah juga beberapa kali saya sendiri pun diambil keterangan 112 ini.