‘Parti Islam unik, gabung PRU ada dalil, cerai gabungan pun dia ada dalil juga’

Oleh NASUHA RAHMAN

Sebetulnya gabungan untuk hadapi pilihan raya itu adalah suatu perjanjian. Manakala orang Islam pula berpegang kepada janji dan tidak mudah untuk putuskan perjanjian, apatah lagi melanggar perjanjian.

Walau bagaimana pun, susur galur perjanjian sebuah parti Islam ini amat jauh bezanya kerana setiap kali gabungan ada dalilnya dan setiap kali perceraiannya juga punya dalil tersendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria berkata, Parti Islam ini membentuk Angkatan Perpaduan Ummah atau APU pada tahun 1989 dan tidak lama selepas pilihan raya umum (PRU) tahun 1989, gabungan APU dah berkubur.

“Tidak lama setelah itu pada tahun 1999, Barisan Alternatif atau BA pula dibentuk dan turut berkubur selepas itu. Kemudian pasca PRU 2008 Pakatan Rakyat (PR) pula dibentuk.

” Selepas PRU 2013 Parti Islam ini keluar pula PR dan pasca PRU ke-14, Muafakat Nasional (MN) pula dibentuk. Tidak sampai tempoh dua tahun, MN pula mengikut jejak dan berkubur lagi.

” Selepas Bersatu menjadi Perdana Menteri dan membentuk Perikatan Nasional (PN) dan kemungkinannya akan bertahan sehingga PRU ke-15 tidak dapat dinafikan kerana sejarah mungkin berulang perceraian akan berlaku sekali lagi,” jelas beliau ketika dihubungi.

Tambahnya, yang lebih pelik ialah orang lain semuanya salah, sedangkan Parti Islam ini sahaja gabungnya ada dalil dan bercerainya juga ada dalil walaupun dengan orang yang sama.

Lebih menarik kata beliau sekejap ia jadi sahabat akrab dan sekejap lagi boleh menjadi musuh ketat pula.

Oleh kerana itu tegas Dr Zaidi renung-renung dan fikir-fikirlah sebelum membuat keputusan sekali lagi.

Baca juga: Ugut nak sebar video bogel jika tak bayar duit, lelaki usia 23 tahun ditahan

Baca juga: ‘Melampaulah, teruknya!’, lelaki bengang lampu pejalan kaki dah hijau tapi kereta semua tak beri laluan