Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Parti komponen PH digesa kembali fokus isu rakyat

Parti komponen PH digesa kembali fokus isu rakyat

Oleh BERNAMAFebruary 23, 2020 7:12 am




Semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) digesa kembali memberi fokus kepada isu-isu rakyat susulan keputusan Majlis Presiden PH semalam yang telah memuktamadkan isu peralihan kuasa perdana menteri.

Ketua Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata dalam mesyuarat itu, permuafakatan pimpinan parti komponen PH telah bersetuju memberikan ruang sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mentadbir negara.

“Keputusan itu sudah jelas kerana tidak ada tempoh masa yang ditetapkan (untuk peralihan kuasa)… kita beri ruang yang sepenuhnya kepada perdana menteri untuk mentadbir negara.

“Kerana fokus utama sekarang adalah untuk memastikan isu-isu rakyat dapat diselesaikan, cukuplah untuk kita bincangkan, kita ketagih dan buta dengan isu transisi (peralihan kuasa),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pokok Sena semalam.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata antara isu rakyat yang harus diberi perhatian segera termasuk peluang pekerjaan dan perumahan mampu milik untuk golongan muda serta isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sementara itu, Syed Saddiq menafikan dakwaan bahawa pada mesyuarat semalam, pimpinan Bersatu ada menyatakan untuk menimbang akan keluar PH jika Dr Mahathir terus diberikan tekanan.

Beliau berkata tidak seorang pun pimpinan Bersatu yang mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menyarankan agar Majlis Presiden PH melakukan siasatan bagi mengenal pasti pemimpin yang membuat dakwaan tersebut.

“Konsep ugutan untuk (Bersatu) keluar (dari PH) itu adalah fitnah, yang jelas tidak betul. Yang ada ialah perbincangan melalui saluran demokrasi yang betul.

“Memang kita berbincang dan hangat tetapi (ia) biasa. Ada yang menyatakan pandangan dan kita cari penyelesaian melalui saluran demokrasi juga,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production