Parti lebih kukuh, 2 PRK akan menguntungkan, kata Pas

Parti lebih kukuh, 2 PRK akan menguntungkan, kata Pas

 

Pas menyakini parti itu akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki.

Pas menyakini parti itu akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin.

Selain katanya, “pemimpin-pemimpin bermasalah” sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu.

“Orang bermasalah sudah keluar dan Pas menjadi lebih berdisiplin dan kuat,” katanya merujuk sejumlah tokoh Pas yang tewas pada Pemilihan AJK PAS Pusat pada Jun 2015 bertindak keluar parti dan menubuhkan Amanah.

Beliau berkata, DAP juga mempunyai masalah sendiri, seperti peletakan jawatan ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN Johor pada Oktober tahun lalu serta usaha berterusan Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu membawa usul mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Parti lain (pula) bercempera. UMNO berpecah belah sehingga terpaksa pecat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. PRK juga begitu – surat dari jeriji besi ada yang kata sah, ada yang kata tidak sah. Berlaku perbezaan pendapat dan serang-menyerang,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin pada program ceramah perdana ‘Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar’ di markas Pas di Taman Melewar malam tadi lapor FMT hari ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijadualkan memberi ucapan, dibatalkan pada saat-saat akhir.

Ini adalah ceramah perdana sulung Pas menjelang dua PRK itu pada 18 Jun ini.

Dr Zuhdi Marzuki berpendapat pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar bakal memberi kelebihan kepada parti Islam itu.

Jelasnya, pandangannya itu dibuat berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu kepada Pas serta trend pengundi Cina kembali menyokong BN.

Katanya, pertembungan dua penjuru antara Pas dan BN akan menyaksikan pengundi Cina berpihak kepada BN, manakala pengundi Melayu berpecah antara kedua-dua parti itu.

Tambahnya, pertembungan dua penjuru antara Pakatan Harapan dan BN pula bakal menyaksikan situasi sama seperti PRU13 di mana majoriti pengundi Cina menyokong PH dan majoriti pengundi Melayu mengundi BN.

“Kalau bertanding tiga penjuru, sejumlah pengundi Cina tidak akan pergi kepada Pakatan Harapan. Jadi peluang kita lebih besar kerana sokongan pengundi Melayu terhadap Pas sekarang lebih kurang sama dengan BN,” ujarnya.

TAGS