Parti politik disaran tanggani Islamafobia masyarakat majmuk, kata Mas Ermieyati

 

Parti-parti politik bertunjangkan Melayu dan Islam, disaran menangkis dan  menangani cabaran Islamafobia di kalangan masyarakat majmuk dan mengelakkan politik perpecahan, kebencian dan perkauman, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyati SamsudinParti-parti politik bertunjangkan Melayu dan Islam disaran menangkis dan menangani cabaran Islamafobia dikalangan masyarakat majmuk  dan mengelakkan politik perpecahan, kebencian dan perkauman, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin.

Mas Ermieyati berkata, atas kesedaran menangani Islamafobia itu, tercetusnya idea beliau untuk menubuhkan Squad Dian yang telah dilancarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

“Cabaran menangani dan menangkis Islamafobio ini berlaku diseluruh dunia bukan sahaja di Malaysia.

“Sudah tentu Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk, peranan parti-parti bertunjangkan Melayu dan  Islam ini, boleh menangkis tohmahan, fitnah, salah faham dan dakyah mengenai agama Islam di kalangan masyarakat bukan Islam. Cabaran ini perlu dilakukan secara bersama,” ujarnya ketika ditemubual Malaysia Dateline hari ini.

Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata Skuad Dian ini dilaksanakan di bawah Program Transformasi Pemikiran Islam (Terapi) yang telah melatih 1,500 Puteri sejak tiga bulan lalu di seluruh negara.

“Di kalangan Puteri kini dilatih menjelaskan isu-isu berbangkit di kalangan generasi muda masa kini yang banyak terdedah dengan maklumat di laman sosial yang kurang tepat mengenai Islam terutama di kalangan rakan-rakan bukan Islam mereka.

“Oleh itu tumpuan banyak diberikan kepada pendekatan golongan puteri pada usia 18 hingga 25 tahun,” ujarnya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno Di Dewan Tun Hussein Onn tengahari tadi.

Mas Ermieyati juga berkata, Skuad Dian sebagai salah satu cara membantu memberi penjelasan isu yang berkaitan Islam dalam konteks negara Islam yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamah kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata sehingga 20 November lalu sayap Puteri Umno mempunyai 391,316 ahli seluruh  negara dan meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah ahlinya hingga mencecah 500,000 menjelang tahun 2017.

TAGS