Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Parti pemerintah menang pilihan raya awal Azerbaijan

Parti pemerintah menang pilihan raya awal Azerbaijan

BernamaFebruary 11, 2020 3:06 pm




Keputusan awal pilihan raya parlimen Azerbaijan menunjukkan parti pemerintah memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan, lapor agensi berita Anadolu.

Berdasarkan keputusan dari 125 kawasan dan 5,573 pusat mengundi, Parti Baharu Azerbaijan (YAP) memenangi 70 kerusi sementara calon bebas memperoleh 44 kerusi dan bebas 11 kerusi, kata suruhanjaya pilihan raya negara itu.

Di bawah undang-undang, suruhanjaya pilihan raya perlu menyemak dan mengesahkan keputusan pilihan raya yang berlangsung pada Ahad (29 Feb) itu.

Seramai 2.55 (47.8 peratus) juta penduduk keluar mengundi.

Terdahulu, Kementerian Luar Turki mengucapkan tahniah kepada Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev di atas kejayaan itu.

Seramai 1,314 calon bertanding termasuk kira-kira 300 calon wanita.

Pilihan raya itu juga menarik minat lebih 130 media asing dari 47 negara selain membabitkan lebih 77,000 pemerhati tempatan dan 883 pemerhati asing.

— BERNAMA

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production