Pas akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mustafa Ali

Pas akan bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mustafa Ali

Pas akan bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar berikutan kematian ahli parlimennya, kata ketua pengarah pilihan raya Pas Datuk Mustafa Ali.

Mustafa seperti dilaporkan Harakahdaily berkata, Pas hanya tewas sebanyak 399 undi di Sungai Besar pada pilihan raya umum ke-13.

“Manakala di Kuala Kangsar Pas hanya tewas 1,000 undi. Ini bermakna keputua PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dalam himpunan 4,000 jentera pilihan raya Pas Pahang hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa memanggil satu pilihan raya kecil selepas kedua-dua ahli parlimen kawasan berkenaan meninggal
dunia dalam nahas helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya di Sarawak.

Ini kerana semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013. Dalam tempoh tiga
tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh
pengosongan jawatan dibuat.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas
helikopter di Sarawak petang Jumaat lalu.

Turut terkorban adalah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil
Anuar Wan Ahmad.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, kedua-dua kawasan itu ditandingioleh Pas melawan calon BN namun kedua-dua calon Pas tewas.

Calon Pas di Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim tewas di tangan Wan Mohamad Khairil dengan majoriti 1082 manakala calon Pas Mohamad Salleh
Husin tewas kepada Noriah dengan majoriti 399 undi sahaja.

Pada dasarnya, kerusi yang ditandingi oleh Pas akan ditandingi oleh Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya selepas
pakatan baru itu dibentuk selepas pecahnya Pakatan Rakyat.

COMMENTS

Wordpress (0)