Pas akan kembali ke pangkuan PH?

Pas akan kembali ke pangkuan PH?

Banyak yang didengari teori yang dikemukakan oleh ahli fikir politik kedai kopi. Antara yang didengari dan mungkin diketahui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad berpakat dengan Najib dan bertindak `Trojan House’.

Jika parti Dr Mahathir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya memenangi pilihan raya mereka kembali bersatu dengan Umno-Barisan Nasional(BN).

Seolah-olah Dr Mahathir telah berjaya menyakinkan parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan beliau sebagai pemimpin mereka dan setelah menang beliau akan kembali ke BN menunggu mereka yang menantikan kepulangan beliau atau mereka yang akan masuk ke PH (dengan andaian sekiranya PH menang dengan tipis dan mereka melompat ke PH kerana Dr Mahathir).

Apakah pemimpin yang berusia 92 tahun yang hampir setiap malam memberi ceramah tanpa memikirkan kesihatan dan penat lelah akan melakukan kerja-kerja seperti ini?

Penulis pun memikirkan suatu teori yang lebih menarik ialah Pas hanya membuat lakonan sahaja dan akan kembali ke pangkuan pembangkang atau PH selepas pilihan raya nanti. Perbentangan undang-undang hudud menunjukkan yang Umno seolah-olah telah mungkir janji kepada Pas.

Namun Pas masih bekerja sama dengan Umno malah makin erat lagi.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah membuat kenyataan bahawa Pas adalah `kingmaker’ pada pilihan raya ke-14.

Ini bermaksud Pas akan menjadi parti kelompok tengah yang akan menentukan arahnya sama ada ke BN atau PH, selepas keputusan pilihan raya dicapai.

Walaupun pada hakikatnya Pas kelihatan berkerjasama atau menyebelahi BN atas dasar siasah ummah tetapi bayangkan Pas yang berpuluh tahun bersama pembangkang secara tiba-tiba menyebelahi BN pula atau lebih khususnya Umno.

Bayangkan Pas yang telah lama berduka atas Umno yang didakwa selalu tidak membantu Pas (sewaktu diharapkan) di saat-saat genting.

Apakah Pas masih berpaut di dahan rapuh atau mengetahui Umno yang lebih memerlukan Pas pada masa ini.

Adakah ini juga suatu strategi Pas memerangkap atau memulangkan paku buah keras kepada Umno? Tidaklah dapat dipastikan. Andaian jika Pas menang dengan kerusi Parlimen dan negeri dengan menyakinkan, ia boleh berpaling tadah atau tikam dari belakang memberikan kesan paling pahit kepada Umno.

Pas juga mungkin boleh berlakon dalam realiti real penuh drama bagi memenangkan PH pada pilihan raya ini.

Mungkin juga lakonan Pas telah menjerat dirinya sendiri kerana ia sekarang telah bertukar menjadi sesuatu yang real, tidak boleh berpatah balik. Mungkin Pas menjadi korban kepada perjuangan PH.

Maka Pas mungkin tidak boleh berpatah balik ke pangkuan PH kerana lakonannya telah terlanjur, kita pun tidak tahu.

Kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan Pas dan kesal dengan tindakan Pas sekarang maka ‘keep your finger cross’ suatu kejutan akan berlaku selepas keputusan pilihan raya ini.

Kalau pilihan raya lepas, ramai pengundi bukan Melayu yang mengundi dan bersandarkan harapan kepada Pas untuk memimpin maka kenapa Pas telah mengecewakan mereka? Bayangkan pada pilihan raya lalu, sejumlah besar pengundi bukan Islam, memberikan harapan kepada sebuah parti Islam, cumalah kita fikirkan.

Tidak pernah berlaku suatu kesatuan bukan Islam yang memberikan keyakinan kepada parti Islam pada pilihan raya lalu. Parti DAP yang didakwa anti-Islam atau hukum Hudud telah bersetuju berkerjasama dengan pada pilihan raya ke-13 dahulu.

Tetapi setelah kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tetiba Pas telah mengubah haluannya dengan bekerjasama dengan BN khususnya parti Melayu dengan Presiden Pas, Abdul Hadi mengambil berpindirian anti-Dap.

Ini adalah sesuatu yang tidak difahami. Pas mungkin tidak memenangi banyak kerusi, menang dalam kerusi tradisi tetapi kedudukannya sebagai `kingmaker’ boleh menjadikannya kembali ke pangkuan PH.

Lihatlah dalam hampir kesemua kawasan yang dipertandingkan Pas hadir di Parlimen dan Dun, solah-olah adalah `the third force’ di sebalik PH dan BN.

Jadi Pas berada di tengah-tengah sama ada sebagai kacau daun dan pemecah undi, atau king maker penentu kembali ke pangkuan PH.

Atau ia sekadar `wishful thinking’ penulis sahaja. Bagaimanapun ia hanyalah teori dan andaian yang penulis fikirkan.

Selamat mengundi!

COMMENTS

Wordpress (0)