Malaysia Dateline

Pas akan pastikan calon Umno menang di Rantau, kata Takiyuddin

Pas akan meemastikan Pilihan Raya Kecil (Dun ) Rantau calon Umno akan memenangi dan mengekalkan kerus tersebut pada 13 April depan.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan menggabungkan Jentera Pilihan Raya Pas di peringkat Kawasan Rembau dan Negeri Sembilan dengan Jentera Pilihan Raya Umno bagi memastikan semua gerak kerja kedua-dua parti akan berjalan dengan lancar dan berkesan.

” Pasyakin Umno yang akan mengekalkan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebagai calon akan terus diberikan mandat dan kepercayaan rakyat khususnya Pengundi Dun Rantau bagi mewakili mereka.

“Ini berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, bukan sahaja kepada rakyat Dun Rantau, malah seluruh rakyat Negeri Sembilan,” ujarnya dalam kenyataan pada Rabu.

Ini susulan pada Selasa Pas-Umno secara rasmi telah memeteraian perjanjian untuk bekerjasama dalam hal membabitkan Melayu dan Islam dalam politik tanah air.