Pas akan tanding sebanyak-banyak kerusi, kata Hadi

Pas akan tanding sebanyak-banyak kerusi, kata Hadi

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Awang berkata, parti itu akan bertanding sebanyak-banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun tidak menyatakan jumlah kerusi yanga akan ditandingi.

Beliau berkata, kehadiran ratusan ribu pada perhimpunan Fastaqim 2.0 yang berlangsung pada Jumaat sehingga semalam membuktikan masa depan Pas sangat cerah.

Lebih-lebih lagi kata beliau, sebahagian besar yang hadir merupakan golongan muda.

“Ada pihak mendesak supaya Pas tinggalkan perjuangan Islam. Pernah juga ada desakan mahu Pas gugurkan perkataan Islam,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, malam tadi.

Halang pesta arak

Sementara itu, ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan melampau yang tidak menghormati sensitiviti orang Islam walaupun parti itu menghormati budaya orang bukan Islam yang bebas untuk minum arak.

Mengambil contoh pesta arak yang mahu dianjurkan di Selangor, beliau berkata kerajaan perlu mengambil tindakan untuk menghalang penganjuran pesta arak kerana ia membabitkan keselamatan dan ketenteraman awam terutama masyarakat Islam.

“Mereka (orang bukan Islam) nak minum (arak) sampai pecah perut pun silalah, tetapi apabila mereka minum arak untuk tunjuk kesombongan dan kemegahan, hingga mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kemalangan, kita perlu ambil tindakan.

“Apabila sebut pesta arak, ia sudah jadi lain. Ini sudah melampau dan mereka langsung tiada sensitiviti terhadap masyarakat Islam,” katanya.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebelum ini mengumumkan ia membenarkan pesta makanan dan minuman Jerman yang turut membabitkan minuman keras dengan alasan penganjur sudah mematuhi syarat dikenakan.

Bagaimanapun polis Klang Utara semalam berkata pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang, pada 12 dan 13 Oktober ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak boleh bekerjasama dalam perkara kemungkaran termasuk dalam membiarkan pesta arak berkenaan diadakan.

“Perkara yang baik kita boleh bagi kerjasama, (tetapi) perkara yang tidak baik kita perlu beri amaran. Ini adalah contoh istiqamah kita.

“Kita tunggu apa tindakan Kerajaan Pusat dan kita tunggu apa langkah dan tindakan kerajaan Selangor,” katanya.

 

3.5
OVERALL SCORE
: 5.0
1 user vote x 2.0
CATEGORIES
TAGS