Pas akui sukar menang, rakyat Sarawak suka Adenan

Pas akui sukar menang, rakyat Sarawak suka Adenan

Pas hari ini mengakui kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyukarkan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mustafa AliPas hari ini mengakui kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyukarkan pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali berkata hasil tinjauan rambang mendapati masih sukar bagi pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya negeri ke-11 itu.

“Jika ditanya senario politik ketika ini bagaimana serta kemungkinannya, sejujurnya selama saya berada di Sarawak, saya pun ada bertanya secara rambang bukan tinjauan khusus, dan berdasarkan tinjauan yang kita lakukan, nampaknya masih sukar bagi pembangkang menang pada PRN nanti,” katanya.

Mustafa berkata sebagai anggota sebuah parti pembangkang, beliau sepatutnya tidak boleh menyebut sebegitu, namun beliau bersikap realistik tentang apa yang didengar daripada rakyat Sarawak.

“Mereka… (rakyat) Sarawak kata tentang ini…saya gunakan istilah yang mereka guna ‘terdapat beberapa perkara baik tentang Ketua Menteri’…itu kata mereka (rakyat). Ini bermakna tidak mudah (bagi pembangkang), namun PAS optimis mencapai atau berjaya menang satu kerusi pada PRN nanti,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau memuji kepimpinan Adenan, Mustafa berkata: “Saya tidak puji, tetapi saya kata apa yang saya dengar daripada rakyat Sarawak.

“Mereka (rakyat) kata, ada faktor-faktor yang baik tentang Adenan. Saya tanya pasal apa? Mereka kata ada program-program yang dahulunya tidak buat tetapi sekarang dibuat…itu kata mereka.

“Kalau begitu persepsi rakyat, ertinya tidak mudah bagi pembangkang mengalahkan BN untuk kuasai negeri,” katanya.

TAGS