Malaysia Dateline

Pas alu-alukan muafakat politik dengan parti lain

Pas masih mengalu-alukan sebarang bentuk muafakat politik dengan parti lain walaupun masih menjalin kerjasama dengan Umno.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia termasuk PPBM susulan pelawaan Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu.

“Bagi kita penyatuan sebenar masih bersama PAS dan Umno.

“Kita (Pas) dalam muafakat, mengalu-alukan semua muafakat parti politik, tetapi kita memang konsisten dengan Umno.

“Dalam konsep penyatuan, harus ingat Umno masih menjadi ‘core’ kepada parti politik Melayu Islam di Malaysia,” katanya di lobi Parlimen hari ini seperti dipetik FMT.

Beliau mengulas pelawaan Mahathir kepada parti politik Melayu lain untuk menyertai PPBM bagi menguatkan kuasa politik kaum majoriti itu.

Jumaat lalun, perdana menteri dilaporkan berkata, penyatuan itu penting kerana Melayu kini berpecah kepada 6 parti.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan parti politik Melayu lain tidak menafikan kekuatan Umno-Pas.

“Gabungan 2 parti ini (Pas-Umno) asas, parti-parti lain harus lihat kepada kekuatan yang ada pada Umno dan Pas,” ujarnya.