Malaysia Dateline

Nasrudin Hassan

Pas anjur Himpunan Solidariti bantah tindakan zionis terhadap Palestin pada Jumaat

Pemuda Pas Pusat akan menganjurkan Himpunan Solodariti terhadap Palestin pada Jumaat ini bertempat di Dataran Muhammad, Masjid Muhammadi,Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Penerangan Pas Pusat Nasarudin Hassan, menyeru umat Islam seluruh negeri mennyatakan solidariti terhadap umat Islam Palestin yang menerima tindakan provokatif daripada Zionis Israel.

“Minggu lalu, mereka dihalang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa selain penahanan Mufti Baitul Maqdis. Ini adalah rantaian dari siri kekejaman Zionis.

“Ketika pertembungan sebahagian negara Arab dengan Qatar yang masih meninggalkan tanda tanya, umat Islam di Palestin terus ‘diperkotakkatik’ oleh rejim Zionis Israel.

“Secara jelas, inilah derita umat disebabkan perpecahan yang tidak perlu. Gagal mengenal musuh sebenar menyebabkan umat Islam terus ditindas,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnyaa lagi, ironinya badan induk dunia khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) yang sepatutnya proaktif menangani isu ini gagal berbuat demikian.

“Mereka diam atau sekadar bantah melalui kenyataan, sedang mereka punya kuasa bertindak. Apakah itu hanyalah “paradoks” kepada makna keamanan dunia dan keselamatan (international peace and security) yang sering dipelopori badan berkenaan?

“Justeru, PAS menyeru umat Islam negara ini nyatakan solidariti selepas solat Jumaat,” ujarnya.