PAS: Arul, dedahkan semua sebelum dikambing hitamkan

PAS: Arul, dedahkan semua sebelum dikambing hitamkan

Pas mengulangi gesaan agar presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mendedahkan segala-galanya mengenai kemleut dihadapi firma itu sebelum dikambing-hitamkan.

Pendedahan itu merupakanpembebasan sebenar daripada tanggungjawab yang dipikul beliau terhadap 1MDB,” kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lebih setahun yang lalu, Pas pernah menggesa Arul untuk mendedahkan segala-galanya sebelum beliau berundur.

Ketika itu, beliau memberitahu akhbar The Edge bahawa “kemungkinan berlaku penipuan yang besar dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihak sebelah kami sendiri” dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI).

Umum mengetahui, Arul pernah menyatakan kerja beliau di 1MDB telah selesai. Bukan itu sahaja, Arul pernah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan berkali-kali.

Setelah “penyelesaian” IPIC-1MDB, apa yang tertinggal ialah duit pelaburan untuk Bandar Malaysia bagi melengkapkan pelan rasionalisasi hutang 1MDB.

Malangnya perkara itu terbantut apabila terbatalnya perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia seperti diumumkan TRX City Sdn Bhd pada 3hb Mei.

Pada waktu yang sama, IWH-CREC bagaimanapun menafikan dakwaan mereka gagal membuat pembayaran, sekalipun sudah diberikan penangguhan sebanyak 12 kali.

Semalam, The Financial Times mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang membatalkan perjanjian bernilai RM7.3 bilion itu kerana didakwa “hilang sabar” ekoran kegagalan CRER untuk mendapatkan pembiayaan.

Tuan Ibrahim berkata, jika benar apa yang diedahkan itu, Pas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti berdiam diri dan tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menariknya kata beliau, susulan kekecewaan tersebut, Arul tampil berjanji akan membuat satu pengumuman penting mengenai 1MDB pada 5 Mei yang lalu.

Malangnya, belum sempat beliau berbuat demikian, timbul pula ura-ura bahawa Arul telah disingkir daripada daripada lembaga pengarah syarikat Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kerana “konflik kepentingan.”

“Persoalannya apakah yang bakal diumum oleh Arul?

“Apakah pengumuman Arul ini tidak direstui oleh Perdana Menteri?

“Apakah Arul cuba menyelesaikan masalah IWH-CREC di belakang takbir dengan cara tersendiri sehingga timbul konflik kepentingan?

“Apakah konflik kepentingan itu berkaitan dengan keinginan Arul untuk “menyelesaikan” kekotoran 1MDB untuk membolehkan beliau memenuhi hajatnya untuk mengundurkan diri secepat mungkin?” soalnya.

 

COMMENTS

Wordpress (0)