Malaysia Dateline

Pas bakal bentuk kerajaan di Terengganu dan kekalkan Kelantan

Pas bakal bentuk kerajaan di Terengganu apabila mendapat 18 kerusi, melepasi angka 17 kerusi yang diperlukan untuk menang dengan majoriti mudah.

 

Pas dijangka akan membentuk kerajaan baru di Terengganu di samping mengekalkan negeri Kelantan dalam pilihan raya kali ini.

Pengerusi SPR, mengumumkan PAS kini telah mendapat 18 daripada 32 kerusi DUN Terengganu, melepasi angka 17 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Mengikut angka tidak rasmi, PAS menang 21 daripada 36 kerusi Dun di Terengganu di samping enam kerusi parlimen.

Di Kelantan Pas dikatakan sudah melepasi angka 23 daripada 45 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.