Pas berdepan dengan  BN-DAP bukan Amanah, kata Mustafa

Pas berdepan dengan BN-DAP bukan Amanah, kata Mustafa

Pas berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar kata Ketua Pengarah Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Pas berdepan dengan BN dan DAP pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar kata Ketua Pengarah Pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Pada pemerhatian beliau, strategi dan kerja-kerja yang melibatkan calon Amanah diatur dan dilakukan oleh DAP.

“Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon Amanah dibuat oleh DAP.

“Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, Pas berdepan dengan BN dan DAP,” ujarnya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurutnya lagi, melalui pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh.

“DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan Amanah adalah ‘pinjaman’ DAP yang bukan dari kalangan parti itu.

Beliau juga difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar diatur oleh DAP.

“Macam mana pun bagi Pas itu bukan perkara besar, Pas tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.

“Tapi secara realitinya pada PRK Sungai Besar ini, Pas berdepan dengan BN dan DAP,” ujarnya lagi.

Pada PRK Parlimen Sungai Besar ini, calon Pas, Dr Abdul Rani Osman ditentang calon BN Budiman Mohd Zohdi dan Azhar Abdul Shukur (Amanah).

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong kerana penyandang, Tan SriNoriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun ini.

TAGS