Pas bergabung dengan Umno di Johor?

Pas bergabung dengan Umno di Johor?

Suhaizan Kaiat

Sidang Dewan Negeri (Dun) Johor dalam sesi pertama penggal ke 14 yang memasuki hari kelima menjadi gamat apabila Speaker Dun Suhaizan Kaiat berseloroh berkenaan kesepakatan pembangkang antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Hal tersebut bermula apabila Ahli Dewan Negeri (Adun) Perling, Cheo Yee How dari parti DAP telah mengemukakan kekeliruan berkenaan dengan papan tanda sidang media pembangkang.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya apabila papan tanda sidang media pembangkang tertera dengan logo BN yang banyak di papan tanda tersebut.

“Dewan yang mulia, saya ada sedikit kekeliruan yang ingin pencerahan dari Tuan Speaker, di mana kita lalu di depan bilik Ketua Pembangkang itu kita sebenarnya nampak ada papan tanda sidang media BN.

“Persoalannya bolehkah mereka membuat perkara sebegitu sedangkan kita maklum di Dun ini ada dua pembangkang yakni BN dan Pas,” tanya Cheo Yee How dalam sidang Dun.

Perkara itu jelas dijawab oleh Suhaizan sebagai Speaker Dun Johor yang berseloroh sambil mengamatkan sidang Dun Johor yang sedang berlangsung.

“Sidang media itu adalah untuk pembangkang dan kita ada dua pembangkang di dalam dewan selain Bebas.

“Pada saya kalau BN sudah ada muafakat dengan Pas untuk buat sidang media itu tidak ada masalah.

“Hak dialah tetapi dengan syarat Pas mesti bersetuju bahawa itu adalah sidang media dari BN,” jelas Suhaizan ketika menjawab pertanyaan Adun Perling.

Dalam pada masa yang sama, perkara itu sekali lagi menggambarkan bahawa Pas di Johor yang mempunyai satu kerusi itu tidak mampu untuk bersaing sebagai pembangkang dalam Dun.

Perkara tersebut dilihat ketara apabila sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari pimpinan Pas baik peringkat negeri mahu pun pusat berhubung dengan tindakan yang dilakukan pembangkang dari BN tersebut.

7.3
OVERALL SCORE
: 10.0
3 user votes x 6.3
CATEGORIES