Malaysia Dateline

Abdul Hadi Awang 1

Pas beri peringatan jangan terlalu ‘politicking’

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak terlalu ‘politicking’ sehingga menjejaskan Pelan Pemulihan Negara.

Beliau berkata, sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan pelaksaan Pelan Pemulihan negara secara menyeluruh,” katanya.

Abdul Hadi juga mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama.

Berkenaan pembentukan kabinet baru ini, Abdul Hadi memberikan sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan menjalankan tugas masing-masingdengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membentuk barisan jemaah menterinya yang dikatakan tidak ada bezanya dengan kabinet kerajaan PN, namun kali ini Ismail memberi tempoh selama 100 hari kepada jemaah menterinya bagi membuktikan prestasi mereka.