Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun M

Pas bersedia berhadapan dengan kumpulan kempen Tun M

Pas bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan sekiranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen pada PRK kali ini.

“Kita dah buat perkiraan tentang semua kumpulan yang bertelagah. Pas bersedia dan ada strategi untuk berhadapan dengan Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Dan kita tahu bahawa kumpulan Tun M akan menjejaskan Umno,” kata Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz kepada media di lobi parlimen seperti dilapor Sinarharian online hari ini.

 Pas  juga mengesahkan tiada lagi rundingan bersama PKR berhubung ketetapan bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor.

Nik Abduh berkata, rundingan bersama PKR berhubung calon di dua kerusi Parlimen itu juga telah lama selesai.

“Rundingan dah banyak hari habis dah. Cuma sekarang ini ialah Pakatan Harapan yang tak buat keputusan mereka lagi,” ujarnya.

TAGS