Pas dakwa berjaya pujuk Umno pinda Akta 355

Pas dakwa berjaya pujuk Umno pinda Akta 355

Pas mendakwa parti Islam itu berjaya memujuk Umno untuk menerima undang-undang Islam khususnya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu kejayaan yang dicapai Pas walaupun ada orang Islam termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mahu melaksanakan syariat Islam.

“Sehingga hari ini kita berjaya memujuk Umno. Umno ini orang Melayu, orang Islam dulu tak tahu fasal undang-undang Islam kesan penjajahan.

“Zaman dulu tahun 1955, 1959 dan 1960-an banyak orang kata kalau buat undnag-undnag Islam ramai orang kudung. Ada seorang dua sahaja hari ini begitu. Banyak orang Umno dah diam dan menreka menyokong RUU 355. Ini perubahan baru yang kita kena sedar.

“Jangan kita ingat manusia tak berubah. Manusia boleh berubah. Yang kafir jadi Islam, yang Islam jadi kafir. Yang baik jadi jahat yang jahat jadi baik.

“Bila RUU 355 nak dibawa ke parlimen kita melihat bagaimana puak-puak bukan Islam bersatu untuk lawan. Puak-puak Islam sebahagiannya bersatu sebahagian lagi tak mahu ikut. PAN (Amanah), beberapa puak lagi tak setuju syariat Islam,” katanya di Himpunan Harapan Semua Pas Ganti Umno (HARAP-PGU 3.5) di Kampung Raja, Besut semalam.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, jika RUU 355 diluluskan, Terenganu dan Kelantan akan terlebih dahulu dapat melaksanakannya.

Justeru katanya, Pas mesti memerintah semula di dua negeri itu bagi memastikan tertegaknya undang-undang Islam.

“Sekiranya RUU 355 ini berjaya makan Kelantan dan Terengganu sebahagiannya berjaya dilaksanakan. Apa yang penting bagi Terengganu Pas mesti memerintah sekali lagi. Nak memerintah Terengganu kita mesti ambil balik Besut.

“Kita pernah menang di Besut. Orang Besut kena pujuk orang Umno, kena pujuk orang atas pagar bersama dengan Pas untuk pilihan raya.

“Terengganu dan Kelantan teras kepada Islam di Malaysia. Negeri lain akan ikut selepas itu dan kita nak tunjuk dua buah negeri ini Islam dilaksanakan.

“Untuk melaksanakan Islam Pas mesti memimpin Kelantan dan Terengganu. Himpunan ini untuk mengerahakn semua jentera parti untuk bekerja dengan bersungguh dan ikhlas dengan penuh semangat,” katanya.

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi membawa usul RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

COMMENTS

Wordpress (0)