Malaysia Dateline

Pas dakwa Lim Guan Eng berfikiran jahat

Naib Presisden Pas Idris Ahmad mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa kerjasama Umno-Pas sebagai pengisytiharanĀ  perang kepada bukan Melayu dan Islam dakwanya.berfikiran jahat.

“Pasal apa Lim Guan Eng panas baran apabila melihat orang Islam bersatu sehingga membuat tuduhan kerjasama Pas-Umno, untuk isytihar perang kepada bukan Melayu di negara ini.

“Inilah antara pemikiran jahat yang ditanam kepada masyarakat bukan Melayu. Kebetulan kali ini tercatat di dalam media, beliau tidak boleh hendak bohong dan menafikan.

Lim Guan Eng

“Agama mana yang suka orang berpecah? Bangsa mana yang suka hidup berpecah?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, Menteri Kewangan itu seorang yang pelik.

“Semakin hari semakin terserlah warna isi hati beliau dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

“Kita harap tidak ada orang Cina lain yang berfikiran seperti ini. Saya yakin ramai orang Cina di Malaysia yang ada tamadun dan faham sejarah pembinaan negara.

“Jahanam negara kalau manusia seperti ini memimpin negara. Keharmonian yang dibina selama ini akan bergelora dan bergoncang,”tegasnya.

Susulan kenyataan dibuat Guan Eng itu, semalam Umno-BN dan telah membuat laporan polis di Jalan Dang wangi dan mengesa Guan Eng memohon maaf

Manakala Dewan Pemuda Pas menerusi kenyataan Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi pula, senada dengan Umno-BN turut mengesa permohonan maaf dibuat Guan Eng berhubung kenyataan menerusi sebuah portal berita atas talian yang disifatkan boleh mengundang ketegangan kaum.

Lim Guan Eng dalam sebuah artikel bertajuk “Kerjasama Pas-Umno adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu” yang diterbitkan portal Malaysiakini pada Rabu.

Artikel asal itu bagaimanapun telah diganti di bawah tajuk “Lim beri amaran Umno-Pas akan mensasarkan bukan Melayu”.

Menurut nota editor portal itu, Lim telah membetulkan kenyataan awalnya yang menggunakan perkataan “perang terhadap bukan Melayu”.