Pas dakwa tidak perlukan pemimpin ‘diktator angkuh’ seperti Mahathir

Pas dakwa tidak perlukan pemimpin ‘diktator angkuh’ seperti Mahathir


Para pemimpin Pas menegaskan parti itu tidak memerlukan pemimpin seperti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan mereka sebagai angkuh dan diktator.

Para pemimpin Pas menegaskan parti itu tidak memerlukan pemimpin seperti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan mereka sebagai angkuh dan diktator.

Ketua penerangannya, Nasruddin Hassan menyifatkan Mahathir sebagai pemimpin yang angkuh manakala Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhdi Marzuki pula melebelkannya sebagai diktator.

“Pas tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan Pas tetapi gerun dengan keupayaan Pas,” kata Nasrudin sebagaimana dilaporkan oleh media rasmi Pas, Harakahdaily.

Menurut ahli parlimen Temerloh itu, target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan Umno tetapi sasaran utama beliau ialah Pas.

“Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan Pas agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan Pas sebagai musuh utama,” dakwa Nasrudin.

Sebelum ini, naib presidennya, Datuk Mohamad Amar Abdullah berkata, Pas sedia bekerjasama dengan Bersatu tetapi menolak Dr Mahathir.

Ketika Pas terus membuat pelbagai tuduhan dan serangan ke atas pengerusinya, pemimpin Bersatu yang lain terus naik ke pentas Pas.

Yang terbaru, Datuk Seri Mukhris Mahathir, timbalan presiden Bersatu berceramah bersama Pas di Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataannya menyifatkan Tun Mahathir seorang diktator.

“Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.

“Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang menggugat kedudukannya, dari Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim. Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah Raja-raja Melayu,” kata Zuhdi dalam satu kenyataannya.

TAGS