Malaysia Dateline

Pas dan Bersatu jangan jadi boneka Gerakan

Pas dan Bersatu digesa supaya tidak tunduk dan hanya menjadi boneka kepada Gerakan di Pulau Pinang, khususnya berkaitan cadangan pembinaan kasino bertaraf dunia sepertimana dicadangkan oleh Naib Presiden Gerakan, Baljit Singh.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Mohd Roshidi Roslan berkata, proposal tersebut merupakan satu cadangan yang tidak peka dengan komposisi dan gaya hidup masyarakat majmuk di Pulau Pinang.

“Kasino bertaraf dunia ala ‘Las Vegas’ yang mahu dibina dengan alasan untuk melonjakkan ekonomi dan industri pelancongan itu hanya akan memberi lebih banyak implikasi buruk daripada kebaikan kepada penduduk negeri ini.

” Negeri ini sememangnya popular sebagai destinasi utama pilihan pelancong untuk bercuti
bersama keluarga kerana keunikan makanan serta tempat tarikan pelancong sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Terbaik di Asia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bersatu (Unesco).

“Sepatutnya Pas dan Bersatu lebih teliti kerana cadangan pembinaan kasino untuk dijadikan sebagai manifesto Perikatan Nasional (PN) akan memberi banyak kesan negatif terhadap penduduk Pulau Pinang kerana gejala ketagihan judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan, ” ujar beliau lagi.

Tegasnya, Pas dan Bersatu seharusnya membantah dan menasihati rakan gabungan mereka agar tidak menyentuh sensitiviti umat Islam kerana cadangan tersebut tidak rasional untuk direalisasikan dan sepatutnya pernyataan terbabit diselar setelah ia ketara bertentangan dengan norma masyarakat di Pulau Pinang mahu pun dalam negara ini.

Baca juga: Kongsi video sembelih kucing betina bunting untuk dimasak sebab lapar, lelaki ini terima padah

Baca juga: 11 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja selamat tiba di Malaysia