Malaysia Dateline

Pas dan judi

Kecoh tentang isu judi. Macam ini pertama kali. Al-kisahnya cerita cabutan judi 22 kali bukan perkara baru. Hujung tahun lepas pun sudah berbangkit isu.

Isunya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin menaikkan cabutan judi sampai tiga kali ganda. Dulu zaman Pakatan Harapan (PH) hanya lapan kali, zaman PN sampai 22 kali.

Perkara ini dibahaskan dalam Parlimen, yang bangkitkan ialah Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong. Beliau tanya dalam Dewan Rakyat, mengapa kerajaan back track keputusan kerajaan PH terdahulu yang turunkan cabutan judi lapan kali setahun.

Mengapa ikut balik kerajaan BN terdahulu? Masa itu kita pun malu. Orang Pas yang dalam kerajaan pun tidak tahu.

Nak cover, Pas sampai ajak DAP geng sekali nak kurangkan balik jumlah undi. Eh, sekarang boleh geng pula? Kita pun hairan, apa cerita ni? Dia yang dalam kerajaan, apa guna? Mana teori “minoriti mengawal majoriti” yang diratib dahulu?

Untuk pengetahuan, cabutan judi ni diperkenalkan pada tahun 1999 zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Tujuan mulanya nak gunakan cukai tersebut bagi beri bantuan kepada mereka yang kena virus Nipah.

Sudah lebih dua dekad ia diteruskan pada dua Selasa setiap bulan. Jadinya, 22 kali kecuali bulan Ramadhan dan hujung tahun.

Hasil cukai judi ini pada mulanya hanya RM1.2 bilion pada tahun 1999, tetapi sudah meningkat punya banyak. Tahun 2018 sampai cecah RM4.5 bilion dan selamanya jadi revenue kerajaan.

Dengan hasil punya banyak begitu, bolehkah kerajaan kata TIDAK? Yalah, tuan puan kena fikir, masa zaman PH, ia turun kepada 11 kali tahun 2018, kemudian lapan kali tahun 2019, makanya hasil kerajaan pun berkurang.

Disebabkan itu, dasar jimat cermat perlu dibuat. Masa itu, pembangkang menganjing, sampaikan “RM30 duit e-wallet” pun jembalang cytro dok spin. Nak buat rakyat benci, kenapa tidak banyak bantuan yang diberi.

Tapi kita tanya diri sendiri? Nak bantuan banyak dari kerajaan, tetapi kena juga celup hasil judi? Adakah kita redha dan pasrah saja?

Itukah jenis kerajaan Melayu Islam yang kita ingini? Padahal, ketika zaman PH-DAP pun mereka tolak hasil cukai judi. Mereka tahu macam mana teruknya kesan tahi judi kepada komuniti.

Yang pasti, tahun lepas Pas GAGAL dalam isu ini. Dikompang serata alam pun kerajaan PN buat tidak tahu dan teruskan juga. Sebabnya perlukan hasil cukai judi tersebut untuk tampung belanja.

Tahun ini kita tengokkan saja perangai Pas. Adakah akan terhasil segala kompangan? Ataupun hanya sembang sementara rakyat ingat.

Jangan jadi macam tahun lepas, benda dah slow down, dia buat lupa. Nampak sangat selama ni memang propa nakkan kuasa.