Pas demo bantah kerajaan Selangor kerana benar konsert Selena Gomez

Dalam satu tindakan yang jarang berlaku, Pemuda, Muslimat dan Ulama Pas Selangor bergabung hari ini bagi membuat demo dan menyerahkan memorandum bagi membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan konsert Selena Gomez jam 2.30 petang di Bangunan SUK Selangor hari ini.

Pas demo bantah kerajaan Selangor kerana benar konsert Selena Gomez

Selena gomez 2Dalam satu tindakan yang jarang berlaku, Pemuda, Muslimat dan Ulama Pas Selangor bergabung hari ini bagi membuat demo dan menyerahkan memorandum bagi membantah kerajaan negeri Selangor kerana membenarkan konsert Selena Gomez jam 2.30 petang di Bangunan SUK Selangor hari ini.

Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan itu kepada kerajaan negeri Selangor yang turut diwakili oleh wakil Pas sendiri.

Demo ini dikatakan tidak direstui oleh Badan Perhubungan Pas Selangor kerana pemimpin Pas turut berada dalam kerajaan negeri yang membuat keputusan membenarkan konsert itu.

Konsert “Salena Gomes – Revival Tour Live in Malaysia” akan diadakan di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam 25 Julai nanti.

Ia dikatakan mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas semua peraturan dipatuhi oleh pihak penganjur.

Serahan memorandum Bantahan Konsert Salena Gomes ini dipercayai ada kaitan dengan pertembungan dalaman Pas di Selangor sekarang.

Ia bermula sejak pilihan raya kecil Sungai Besar lagi apabila perwakilan ulama dari Selangor membantah pemilihan Dr Rani Othman sebagai calon Pas kerana beliau dianggap harumanis iaitu Pas (hijau) di luar tetapi Amanah (oren) di dalam.

Bantahan itu disuarakan ketika Muktamar Pas di Kota Bharu Jun lepas.

Semua wakil rakyat Pas Selangor juga telah menandatangani surat bertulis menyokong cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar semua parti pembangkang melakukan genjatan senjata dan bersatu melawan BN.

Ia telah dibantah oleh Dewan Ulama Pas dengan menganggap sesetengah pemimpin Pas sayangkan jawatan.

Ia dibayangkan oleh Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook beliau selepas tersebarnya surat sokongan itu kepada umum.

Ekoran itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad menganggap pandangan ini umpama dibuat dari perigi buta tanpa melihat realiti sumbangan dan manafaat yang diperolehi oleh Pas di Selangor.