Pas didakwa keliru calonkan pemain bolasepak di Parlimen Pokok Sena

Pas didakwa keliru calonkan pemain bolasepak di Parlimen Pokok Sena

Jika benar Radhi Mat Din (gambar) akan dinamakan sebagai calon Pas bagi kerusi Parlimen Pokok Sena pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), ia tidak lain hanya bertujuan mengambil hati golongan muda, kata Ketua Pemuda Umno Kedah.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan tindakan itu satu strategi parti pembangkang yang “masih celaru” dan hanya akan menganiayai rakyat.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

“Kita tidak boleh mengundi sesebuah kerajaan berdasarkan kepada ikon semata-mata,” katanya merujuk kepada status Radhi sebagai satu nama besar dalam arena bola sepak tanahair.

Shaiful Hazizy berkata, ia satu tindakan yang salah.

“Kalau kita mengundi bersandarkan kepada ikon semata-mata, ikon tersebut tak boleh buat kerja, ikon tersebut tak boleh menyelesaikan masalah rakyat.

“Bagi saya, apa yang akan jadi selepas ini ialah, rakyat yang akan teraniaya.

“Jadi, saya nasihatkan rakyat negeri Kedah, jangan jadikan ikon itu sebagai ukuran yang utama untuk memilih calon. Sebaliknya, pilih parti yang ada ‘track record’,” katanya seperti dipetik Astroawani.

Pada Selasa, Astro Awani melaporkan, nama Radhi antara yang disebut-sebut sebagai calon Pas bagi Parlimen Pokok Sena pada PRU14 akan datang.

Radhi turut mengakui, beliau ada membantu Pas dalam mendekati golongan muda melalui sukan bola sepak.

COMMENTS

Wordpress (0)