Pas diminta istiqamah mahu kompromi, jangan buat ‘U-turn’

Pas diminta istiqamah mahu kompromi, jangan buat ‘U-turn’

Tawaran Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang membuat genjatan senjata dan bekerjasama semula dengan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional diterima dengan penuh kesyukuran namun timbul juga keraguan tentangnya oleh pemimpin Amanah.

Tawaran Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar pembangkang membuat genjatan senjata dan bekerjasama semula dengan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional diterima dengan penuh kesyukuran namun timbul juga keraguan tentangnya oleh pemimpin Amanah.

Mereka bimbang, ia bukan sikap sebenar Pas tetapi hanya segelintir pemimpin Pas sahaja dan akan berlaku U-Turn semula selepas ajakan ini.

Ketua Komunikasi Amanah, Khalid Samad ketika mengulas meminta Pas menentukan siapa kawan dan siapa lawan dahulu dan bertanya apakah Pas akan istiqamah dengan keputusan itu.

“Sebelum membuat keputusan, kita nak tahu siapa musuh siapa kawan yang dimaksudkan dan kita minta Pas istiqamah dengan keputusan dan jangan buat U-turn pula nanti.

“Selepas itu kita boleh bincang. Jika tidak kita tidak ada masa nak layan,” kata Khalid.

 

Doa siang dan malam

Bagi Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad, kenyataan Tuan Ibrahim ini sememangnya diharapkan menjadi sikap Pas dan istiqamah dengannya.

“Inilah yang saya doakan siang dan malam agar marhabbah di antara kita kembali bertaut walaupun di atas parti yang berbeza,” kata  Dzulkefly kepada Malaysia Dateline.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim mengajak semua parti pembangkang membuat genjatan senjata dan tidak menyerang antara satu sama lain tetapi dihalakan kepada musuh bersama iaitu Barisan Nasional dan Umno.

Beliau berkata, banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza di antara mereka.

“Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan,” kata beliau yang menjadikan beliau pemimpin Pas pertama menganjurkan agar parti pembangkang bekerjasama kembali selepas hancurnya Pakatan Rakyat sebelum ini.

Tuan Ibrahim berkata, dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

TAGS