Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sekali lagi berdepan dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin PAS.
Tidak pernah serik apabila dibuktikan bersalah, Yeoh bertindak membuat laporan polis atas dakwaan palsu itu.
Kelmarin, Ketua Pemuda PAS Kelantan membuat dakwaan bahawa Kelantan dinafikan hak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Menurut Mohamad Kamal Mohamed, Yeoh sebagai ‘menteri DAP’ menggunakan kuasanya untuk menarik penggiliran Sukma Kelantan.
“Untuk kesekian kalinya Kelantan kekal satu-satunya negeri yang tidak pernah diberikan hak menganjurkan Sukma,” dakwa Kamal.
Giliran Kelantan sebenarnya tidak dibatal malah dianjakkan ke tahun 2028 bagi memberi waktu kepada negeri itu untuk membuat persiapan.
“PAS fitnah saya lagi. Kami di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) Malaysia tidak menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah.
“Semalam, Exco Kelantan bersama saya di KBS dah bersetuju untuk menganjurkan Sukma 2028.
“(Keputusan diambil) untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang. Infrastruktur perlu masa untuk dibina.” Kata Yeoh.
Temasya Sukma 2024 bakal dianjurkan Sarawak diikuti oleh Majlis Sukan Negara pada tahun 2026 dan seterusnya Kelantan (2028).
Untuk rekod, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang belum pernah menganjurkan Sukma.
Baca juga: Jemput penceramah tanpa tauliah, AJK masjid bakal dipecat – Sultan Johor