Malaysia Dateline

Pas fitnah Tabung Haji bergema di Dun Selangor

Dakwaan Pas membuat fitnah kepada Tabung Haji bergema di Dewan Undangan Negeri Selangor apabila para Adun menempelak balik ucapan Ketua Pembangkang Selangor.

Adun Templer dari AMANAH, Mohd Sany Hamzan berkata, Pas terbukti menyebarkan fitnah apabila mendakwa aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam tetapi dinafikan oleh Perdana Menteri dalam jawapannya di Dewan Rakyat.

“Ini Pas ni, hari-hari yang dok sebut aset Tabung Haji yang diserahkan kepada orang bukan Islam. Ini yang fitnah ni,” kata Sany ketika mencelah dalam Dun Selangor semalam.

Menurut Sany, perkara ini terbukti apabila Perdana Menteri dalam jawapannya secara bertulis di Dewan Rakyat menyebut Tabung Haji telah memperolehi keuntungan besar dalam laporan setengah tahun pertama 2020.

Jawapan rasmi itu juga menafikan aset Tabung Haji dijual kepada bukan Islam.

Isu Tabung Haji hangat di Dewan Rakyat dan perbincangan netizen berikutan jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.