Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pas gesa Jakim, pihak berkuasa sekat ideologi, haramkan G25

Pas gesa Jakim, pihak berkuasa sekat ideologi, haramkan G25

MALAYSIADATELINEJanuary 13, 2020 2:06 pm




Parti Islam SeMalaysia (Pas) hari ini menggesa agar pihak berkuasa menyekat ideologi  dan mengharamkan kumpulan liberal ekstrem bekas penjawat awam kanan G25 kerana mendakwa membawa pemikiran bahaya dan sesat yang boleh meracuni rakyat Malaysia.

Ketua Penerangannya Kamaruzaman Mohamad berkata, Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf seharusnya responsif terhadap isu membabitkan kumpulan G25 dengan mengambil tindakan tegas menangani, menyekat ideologi kumpulan tersebut.

“Serangan pemikiran zaman moden ini boleh merosakkan akidah umat Islam jika tidak dicegah sehingga akar umbi sebelum lebih parah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan dibuat oleh Ketua Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 , Asiah Abu Samah membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan, seperti dalam laporan kumpula itu yang bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”

Tambah Kamaruzaman lagi, G25 adalah sebuah kumpulan yang semakin berani membawa ideologi sekular yang berbahaya kepada umat Islam di Malaysia.

“Kumpulan ini berpendirian bahawa segala salah laku di sisi agama tidak seharusnya dikenakan tindakan kerana “itu urusan individu dengan Tuhan”.

“Prinsip yang menyimpang dari agama ini diperjuangkan bagi merealisasikan kebebasan bersuara mereka.

Sejak dari dulu, kumpulan ‘Bekas Penjawat Awam’ ini telah ditolak oleh rakyat.

“Hatta, buku yang mereka pernah terbitkan telah diharamkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu. Namun malangnya, pengharaman ini telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH),”ujarnya.

Kata Kamaruzaman lagi, akibatnya sikap keterbukaan kerajaan golongan ini semakin lantang bersuara dalam mengeluarkan kenyataan mempersendakan hukum murtad dengan menyatakan ia isu peribadi serta tiada hukuman duniawi sedangkan Islam meletakkan hukuman yang sangat tegas kepada pelaku murtad.

“Begitu juga kenyataan-kenyataan seperti khalwat, zina, minum arak dan sebagainya yang menunjukkan betapa jahilnya mereka di dalam menilai hukum agama Islam serta Perlembagaan Negara.

“Turut membimbangkan, G25 sering kali menentang apa sahaja tindakan Jakim bagi merealisasikan agenda negara sekular mereka bahawasanya tiada badan beragama dalam sesebuah negara,” ujarnya.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production