Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pas gesa kerajaan beri duit raya peneroka Felda

Pas gesa kerajaan beri duit raya peneroka Felda

MALAYSIADATELINEMay 24, 2019 1:22 pm




Kerajaan diminta mempertimbangkan pemberian bonus hari raya kepada peneroka Felda, kata Ahli Parlimen Setiu Shaharuzukirnain Abdul Kadir.

Beliau berkata, alasan Kerajaan  memberi keutamaan kepada amaun sara hidup dan wang pendahuluan amat tidak wajar sekali.

“Ini kerana, pemberian bonus Aidilfitri merupakan wang ehsan daripada Kerajaan sedangkan wang sara hidup dan wang pendahuluan adalah ‘gaji bulanan’ para peneroka.

Shaharizukirnain Abdul Kadir

“Kerajaan tidak wajar mempertikaikan hak penerimaan gaji bulanan yang sememangnya suatu prosedur bulanan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Rabu, yang mengatakan, setakat ini tiada keputusan berhubung pemberian ‘duit raya’ kepada 112,635 yang dianggarkan RM6.23bilion kepada peneroka Felda di seluruh negara,

Sebaliknya Azmin berkata,  keutamaan kerajaan kini ialah untuk memastikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dibayar kepada peneroka sebelum Aidilfitri.

Menurut Shaharuzukirnain lagi, kenyataan Mohamed Azmin itu boleh menjadi kayu ukur sejuah mana keperihatian kerajaan terhadap nasib peneroka Felda.

“Peneroka semakin terhimpit dengan nilai komoditi sawit yang masih lagi tidak stabil.

“Alasan Kerajaan keadaan kewangan negara penghalang pemberian bonus Aidilfitri langsung tidak munasabah diguna pakai terhadap para peneroka Felda yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan hasil minyak sawit sehingga mencecah RM80 billion pada tahun lalu,” ujarnya.

Justeru, beliau mengesa kerajaan agar dapat menyalurkan bonus Aidilfitri kepada peneroka dan tidak sama sekali mempertikaikan wang sara hidup dan wang pendahuluan yang merupakan komitmen berpanjangan daripada Kerajaan bukannya wang ehsan Aidilfitri.

“Buktikan keprihatinan Kerajaan hari ini dalam memartabatkan nasib peneroka-peneroka Felda,” katanya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production