Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Pas Johor disaran bertindak lebih cerdik

Pas Johor disaran bertindak lebih cerdik

AMNI JAGATMarch 8, 2020 4:59 pm




Pas disaran untuk bertindak lebih cerdik apabila bekas calon Parlimen Port Dickson, Nazari Mokhtar yang memuat naik ucapan tahniah di laman ‘Facebook’nya terhadap Adun tunggal parti itu di Johor.

Saranan itu disuarakan oleh Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Johor, Serudin Soud yang berkata, Nazari harus mengetahui perundangan negeri sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

Serudin turut menyatakan bahawa keghairahan Pas itu telah mempamerkan sifat naif terhadap perlembagaan serta perundangan di negeri ini.

“Sepatutnya Pas harus menegur tindakan Nazari yang secara terang mempamerkan kelemahan dengan mendahului keputusan Dewan Negeri (DUN).

“Sekiranya beliau (Nazari) tidak tahu soal Perlembagaan usahlah berbicara berkenaan perkara tersebut. Ternyata lantikan Speaker atau Timbalan Speaker Dun Johor hanya akan dilakukan sekiranya ada ruang dalam DUN kelak.

“Mungkin juga Pas tidak sedar yang diri mereka sedang ditipu oleh rakan sekutu mereka dari Umno yang menawarkan jawatan tersebut untuk menjaga hati sahaja,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Kenyataan Nazari dalam Facebooknya.

Nazari di Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Adun Bukit Pasir, Najib Lep kerana terpilih menjadi Timbalan Speaker sambil diakhiri dengan laungan ‘takbir’ sebagai tanda kejayaan.

Tambah Serudin, sama ada Nazari tahu atau tidak soal Perlembagaan di Johor bukan menjadi faktor utama tetapi ia berkenaan dengan tahap kecerdikan pimpinan parti berkenaan.

“Ia juga gambaran bahawa Pas selama ini hanya akan membuat perkara mengikut kehendak mereka sahaja tanpa mengambil kira soal Perlembagaan atau perundangan.

“Ini contoh yang menggambarkan bahawa Pas sanggup bersekedudukan dengan pengkhianat yang menjatuhkan kerajaan PH di Johor dan pusat.

“Ternyata apa yang diperjuangkan Pas selama ini hanyalah suatu lakonan tanpa mereka tahu hakikat sebenar. Ia jelas mencerminkan diri mereka naif dan mudah dipermainkan oleh rakan mereka Umno,” tegas Serudin lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production