Pas kalah semua kerusi jika tiga penjuru, lapor kajian Invoke

Pas kalah semua kerusi jika tiga penjuru, lapor kajian Invoke

Kajian simulasi yang dibuat oleh Invoke mendapati Pas tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam pilihan raya ke-14 jika pertandingan tiga penjuru antara parti itu, Pakatan Harapan + Bersatu dan BN berlaku.

Kajian simulasi yang dibuat oleh Invoke mendapati Pas tidak akan menang satu kerusi parlimen pun dalam pilihan raya ke-14 jika pertandingan tiga penjuru antara parti itu, Pakatan Harapan + Bersatu dan BN berlaku.

Menurut kajian yang dibuat ke atas 104,340 pengundi pula, sokongan pengundi Cina dan India pula jatuh mendadak untuk Pas apabila hanya mendapat 3% sahaja undi dari kedua-dua kaum itu.

Kajian itu juga memberikan hasil yang mengejutkana apabila BN mendapat lebih banyak undi Cina iaitu 43% berbanding PH + Bersatu yang menerima 39%.

Untuk pengundi India pula, kajian itu mendapati BN mendapat peratusan undi lebih besar iaitu 55% berbanding PH + Bersatu yang mendapat 33% manakala Pas juga hanya 3%.

Bagaimanapun, kajian itu mendapati, Pas mempunyai 21% sokongan di kalangan keseluruhan pengundi yang menyertai kajian itu berbanding dengan BN 41%, PH + Bersatu 24% manakala 14% lagi tidak akan mengundi.

Di kalangan orang Melayu pula, sokongan kepada BN adalah 40%, diikuti oleh Pas 25%, PH + Bersatu 21% manakala 14% lagi tidak akan mengundi.

Kajian di kalangan penyokong Pas pula mendapati 39% dari mereka akan mengundi PH + Bersatu berbanding hanya 23% akan mengundi BN jika mereka mempunyai dua pilihan saja antara PH + Bersatu dan BN.

Hasil kajian ini dibentangkan oleh tiga penal Invoke Centre for policy Initiatives (I-CPI). Ia dibentangkan di Invoke Space kepada wartawan, diplomat dan pemimpin politik malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah penaung dan founder Invoke, Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan.

Menurut mereka, cabaran utama PH + Bersatu dalam pilihan raya ini untuk menang dalam pertandingan tiga penjuru adalah memujuk pengundi yang tidak bersetuju dengan BN agar mengundi mereka dan mengekalkan sokongan di kalangan pengundi Cina dan India yang   diperolehi dalam PRU13 lalu.

Kajian PRU14 itu dibuat melalui telefon secara rawak kepada 8.36 juta pengundi Malaysia yang terdapat dalam buku daftar pemilih di mana 104,340 responden menyertai kajian ini.

Kajian yang dibuat dalam Bahasa Malaysia ini dilakukan antara 25 Disember 2016 hinggalah 15 Januari 2017.

TAGS