Malaysia Dateline

Pas kecam tindakan AS, kesal insiden berlaku di Baghdad

Pas hari ini mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mencampuri urusan dalaman di Timur Tengah yang berpotensi meningkatkan ketegangan di rantau itu.

Susulan serangan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kesal terhadap insiden ‘keganasan antarabangsa’ yang melampui batas itu.

“Pas merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Jeneral Qassem Suleimani yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak Amerika Syarikat di Baghdad, pagi ini.

“Semoga roh Al-Marhum Jeneral Qassem Soleimani ditempatkan di kalangan para syuhada dan hamba-Nya yang soleh,” katanya dalam kenyataan.

Memetik laporan media tempatan, Komander tertinggi pasukan elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di ibu kota Baghdad, Iraq pagi tadi.

IRGC mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Mejar Jeneral Qasem Soleimani dan al-Muhandis meninggal dunia dalam serangan yang dilakukan oleh helikopter AS.

Kumpulan pro-kerajaan Iraq turut mengesahkan kejadian itu.